管理層

Pengurus Besar

Stefanie Braukmann

Seorang pakar dalam meningkatkan reputasi korporat menerusi pembinaan jenama, perhubungan dengan pihak berkepentingan serta penglibatan dalam komuniti, Stefanie memberikan lebih dari 20 tahun pengalamannya dalam komunikasi secara profesional yang diperoleh di Eropah dan Asia, termasuk Malaysia di mana dia telah menghabiskan lebih daripada 16 tahun kepada pelanggan.

Di samping mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) , pasaran , telekomunikasi dan automotif , Stefanie juga telah banyak menumpukan kerjayanya bersama syarikat dan NGO dalam meningkatkan tanggungjawab sosial mereka melalui strategi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mempromosikan amalan perniagaan yang mampan serta dialog awam.

Stefanie dikenali dalam kalangan pengamal perhubungan awam dengan kepakarannya dengan pembinaan jenama. Beliau merupakan penyumbang utama kepada idea dan strategi dalam beberapa projek Perhubungan Awam bersepadu yang melibatkan promosi identiti korporat, pengiklanan, perancangan digital dan media, selain membantu memberikan pencapaian perniagaan yang kukuh kepada pelanggan.